Menu
header photo

Mesin Cendawan Bimbo

Pembekal Mesin Cendawan No. 1 di Malaysia

CENDAWAN KUKUR TUMIS PEDAS - Credit: Anim Ismail

Hai semua. Kalau lah korang beli cendawan kukur kan, korang masak apa ea?? Tapi selalunya bila sebut je cendawan kukur mesti orang akan masak goreng telur atau masak lemak kan? Tapi hari ni kami nak share resepi cendawan kukur tumis pedas pulak ye. Cuba sekali pasti ummmmppphhh….
.
.
BAHAN-BAHAN:
• 2 Cawan cendawan kukur @ kulat sisir yang kering (Rendam hingga kembang)
• 15 – 20 biji cili padi hijau (Di hiris halus)
• 1 biji bawang besar (Hiris)
• 4 ulas bawang putih (Diketuk)
• 1 genggam ikan bilis (rendam dalam air)
• 1 inci belacan (dilarutkan dengan ¼ cawan air)
• Garam dan gula secukup rasa
• Secubit serbuk perasa
.
.
CARA-CARA MEMBUAT: 
1. Cendawan dicuci kemudian perah hingga kering. Tumbuk sedikit tapi jangan sampai hancur (Tumbuk2 manja).
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hijau yang dihiris sehingga harum dan bawang layu.
3. Masukkan ikan bilis (Tos kan air), kacau dan masukkan bancuhan belacan. Kacau sehingga rata dan masak sekejap.
4. Kemudian masukkan cendawan kukur dan gaul sehingga rata. Tuang sedikit air dan masak hingga cendawan dan ikan bilis lembut.
5. Akhir sekali, tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Masak sekejap dan rasa, jika okay boleh matikan api. SIAP, senangkan.

SELAMAT MENCUBA GUYS!

Go Back

Comment

Blog Search

Comments

There are currently no blog comments.