Menu
header photo

Mesin Cendawan Bimbo

Pembekal Mesin Cendawan No. 1 di Malaysia

EHHH CENDAWAN PUN ADA RUMAH??

Hari ni kami nak bercerita secara ringkas apa itu rumah cendawan. 
Haaaaa, kalau nak tahu teruskan membaca ye.

Rumah Cendawan ni sebenarnya tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan.

Di sini cendawan akan di tanam dan di kawal dari segi kelembapan persekitaran dan pertumbuhan.

 

Penanaman cendawan amat memerlukan persekitaran yang bersih unuk mengelakkan cendawan daripada segala jangkitan kuman yang boleh merosakkan tanaman.

 

Korang tau tak Rumah cendawan terbahagi kepada 5 ruang??
Iaitu ruang penyediaan, pengukusan, bilik suntik, bilik pemeraman dan ruang pengeluaran hasil. Persekitaran rumah cendawan itu sendiri perlu mempunyai pengudaraan yang baik, menggunakan dinding netting dan lantai bersimen untuk memastikan bebas daripada serangga dan penyakit, suhu yang sesuai dalam lingkungan 28⁰C - 30⁰C. Bukan itu sahaja rumah cendawan juga perlu beratap dan di siram 2 kali sehari.

Nota kaki: Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan pencemaran.

 

 

Go Back

Comment

Blog Search

Comments

There are currently no blog comments.