Menu
header photo

Mesin Cendawan Bimbo

Pembekal Mesin Cendawan No. 1 di Malaysia

RESEPI CENDAWAN MASAK LEMAK CILI API

Waktu sekarang ni ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik mesti dilemma kan?? 
Dilemma sebab kena fikir hari ni nak masak ape kan???
Asyik menu sama jee setiap hari mesti bosankan? 

Hehe.. Jangan risau kami  MegaMakro nak share resepi cendawan masak lemak cili api. 
Apa salahnye sekali sekala tukar menu kann.
Nak tambat hati yang tersayang kenalah masak sedap-sedap, betul tak??
 Haaaa… selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN TUMBUK:
5-7 biji cili padi (ikut cita rasa)
1 biji bawang merah
Sejemput ikan bilis } ditumbuk separa lumat
Sedikit kunyit hidup

CARA MEMASAK: 
1. Masak santan bersama bahan yang ditumbuk sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan cendawan, serbuk dan daun kunyit. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
4. Tersedia untuk di makan dan enak di makan ketika masih panas.

SAIZ HIDANGAN: 2-3 ORANG.


SELAMAT MENCUBA SEMUA 

Go Back

Comment

Blog Search

Comments

There are currently no blog comments.